Click here for Myspace Layouts

Saturday, December 10, 2011

Kebaikan Menghadiri Majlis Ilmu

,
Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allahmempunyaimalaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir,apabilamereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, makamerekaduduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.

Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya :

"Dari mana kalian datang ?"

Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu."

Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"

Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."

Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"

Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada mu."

Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhipermohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan."

Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka."

Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka." (HR. Bukhari Muslim)

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat
Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (HR. Muslim)
Read more

Tuesday, November 15, 2011

Panduan Dan Langkah Menghadapi Banjir

,

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR

• Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
• Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
• Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
• Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
• Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
• Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.

SEBELUM BANJIR - SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN

• Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
• Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
• Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
• Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
• Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

SEMASA BANJIR - SEMASA PEMINDAHAN


• Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
• Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
• Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.

SEMASA BANJIR - DI DALAM KENDERAAN


• Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
• Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat

SEMASA BANJIR - DI DALAM RUMAH


• Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
• Bersedia dengan peralatan kecemasan.
• Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.

SEMASA BANJIR - DI LUAR RUMAH

• Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
• Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
• Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
• Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
• Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
• Jangan minum air banjir.

SELEPAS BANJIR

• Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
• Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
• Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
• Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.

SELEPAS BANJIR - SEMASA MEMASUKI BANGUNAN

• Pakai kasut.
• Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
• Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
• Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.

SELEPAS BANJIR - PERIKSA ANCAMAN BAHAYA
• Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
• Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
• Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
• Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
• Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
• Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
• Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.

Sumber maklumat: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

Read more

Friday, November 4, 2011

HAJI

,

HAJI merupakan salah satu daripada rukun Islam. Ia diwajibkan ke atas setiap orang Islam sebagaimana yang telah difardukan melalui Al-Quran, Al-Sunnah dan ijmak ulama.

Di dalam Al-Quran Allah Subhanahu Wataala berfirman yang tafsirnya:

"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk.’’ (Surah Ali Imran ayat 97).

Mengenai kewajipan ibadat haji ini Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menjelaskan dalam sabda Baginda yang maksudnya:

"Agama Islam itu dibina atas lima perkara bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa Ramadan dan mengerjakan haji.’’ (Hadis riwayat Al-Bukhari).

Berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah tersebut maka ulama sepakat mengenai kewajipan ibadat haji ditunaikan sekali dalam seumur hidup bagi orang-orang yang mampu. Ulama juga sepakat mengenai kufurnya orang-orang yang ingkar akan kewajipannya.

Setiap ibadat yang dituntut untuk dikerjakan setentunya mempunyai hikmah yang tersendiri, begitulah juga ibadat haji. Menurut ulama, menghidupkan atau mengimarah Kaabah pada setiap tahun dengan menunaikan haji atau umrah adalah fardu kifayah. Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang menyebut mengenai hikmah ibadat tersebut di antaranya sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala yang tafsirnya:

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang (ke Baitullah) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu kerana pengurniaan-Nya kepada mereka binatang ternak (untuk dijadikan korban).’’ (Surah Al-Hajj ayat 27-28).

Terdapat juga penjelasan hadis-hadis mengenai hikmah ibadat haji di antaranya sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:

"Sesiapa yang mengerjakan haji kerana Allah semata-mata (iaitu) dia tidak melakukan perkara-perkara keji dan buruk maka dia suci daripada dosanya seolah-olah pada hari dia dilahirkan oleh ibunya.’’ (Hadis riwayat Al-Bukhari).

Ibadat haji juga mempunyai keistimewaan tertentu bagi orang-orang yang mengerjakannya sama ada bagi dirinya sendiri atau umat Islam secara keseluruhannya.

Bagi orang yang mengerjakan ibadat haji, ibadat tersebut akan menghapuskan segala kesalahan dan dosa serta membersihkan dirinya daripada maksiat yang telah dilakukan, sebagaimana sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:

"Suatu umrah kepada umrah yang lain adalah kaffarah (menghapuskan segala dosa) di antara keduanya dan haji yang mabrur (diterima) itu tiada balasan baginya selain syurga.’’ (Hadis riwayat Al-Bukhari).

Dan hadis yang lain yang maksudnya:

"Diampunkan dosa bagi orang yang mengerjakan haji dan bagi mereka yang dimintakan ampun oleh orang yang berhaji.’’ (Hadis riwayat Al-Tabarani dan Al-Hakim)

.Ibadat haji juga mengukuhkan iman seseorang dan dapat membantu menyempurnakan taubat dengan ikhlas dan betul. Ibadat tersebut juga membawa seseorang itu bersyukur kepada Tuhannya iaitu berterima kasih dengan nikmat harta dan kesihatan yang diberikan oleh Allah Subhanahu Wataala kerana ibadat haji tidak wajib dikerjakan jika tidak mempunyai harta yang cukup dan badan yang sihat.

Manakala keistimewaan ibadat haji kepada umat manusia, membawa mereka saling kenal-mengenal di antara satu sama lain walaupun berbeza warna kulit, bahasa dan bangsa. Di samping itu dapat bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal umat Islam di tempat masing-masing dan saling bantu-membantu menangani masalah umat seperti penyelewengan akidah dan sebagainya serta apa-apa juga perkara yang terkandung sepertimana yang dijelaskan oleh Al-Quran iaitu yang tafsirnya:

"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka.’’ (Surah Al-Hajj ayat 27).

Ibadat haji juga membawa ikatan mahabbah persaudaraan yang kukuh di kalangan umat Islam sama ada dia seorang yang berbangsa Arab atau sebaliknya dan tidak mengira warna kulit sama ada hitam atau putih yang lebih penting ialah ketakwaan.

Pada hakikatnya ibadat haji dijadikan sebagai muktamar atau perhimpunan umat Islam yang terbesar di dunia. Di dalamnya umat Islam saling berusaha menyebarkan dakwah Islamiyah dan aktiviti-aktiviti yang dibuat di kalangan mereka. Inilah hikmahnya persaudaraan yang dipupuk oleh umat Islam sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Quran bahawa orang-orang Islam itu adalah bersaudara.
Read more

Wednesday, October 26, 2011

BERSYUKUR

,


Allah memiliki segala yang ada di langit dan di bumi termasuklah diri kita. Kita adalah milik Allah dan demikian jugalah segala apa yang kita miliki.

Oleh itu adalah menjadi satu tanggungjawab kepada kita untuk bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang kita terima. Sudah tentu nikmat yang kita perolehi terlalu banyak sehingga kita sendiri tidak mampu menghitungnya.

Cukuplah sekiranya kita bayangkan bagaimana jika matahari terus menerus memancarkan cahayanya sepanjang hari tidak kira siang mahupun malam? Sudah pasti ketika itu tiada kehidupan yang dapat bertahan hidup di atas muka bumi ini termasuklah manusia.

Allah berfirman dalam surah Qasas ayat 72 yang bermaksud: "Katakanlah lagi: "Bagaimanakah fikiran kamu jika Allah
menjadikan siang kepada kamu selama-lamanya hingga ke hari kiamat.

Sekiranya kita bersyukur sudah pasti Allah akan menambahkan nikmat-Nya sebagaimana firman-Nya dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhan kamu memberitahu kepada kamu, sekiranya kita bersyukur Aku akan menambahkan (nikmat-Ku) kepada kamu tetapi sekiranya kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sungguh pedih".

Sebagai tanda kesyukuran juga, kita hendaklah melaksanakan segala yang diperintah dan menjauhi segala yang dilarang oleh Allah.

Semoga dengan segala bentuk kesyukuran seperti ini akan menghampirkan kita lagi kepada Allah dan Allah akan menambahkan lagi nikmat yang
dikurniakan-Nya kepada kita.


Wassalam.
Read more

Saturday, October 22, 2011

Tip Sebelum Peperiksaan

,

- Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan sinopsis kursus.

- Ulangkaji nota secara konsisten secara individu. Bina dan jawab soalan daripada nota kuliah.

- Semak soalan-soalan yang lepas

- Jumpa dan berbincang dengan pensyarah/guru bagi mengenalpasti teknik menjawab soalan yang dikenalpasti.

- Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara konsisten.

- Jadi guru dan ajar kepada rakan-rakan anda berkaitan dengan sesuatu topik.

- Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa dan kursus tepat.

- Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas
Read more

Wednesday, October 19, 2011

SAHABAT : PERJUANGAN ITU PERJUANGAN

,
Sahabat, perjuangan dalam jalan dakwah menuntut pengorbanan jiwa yang bukan sedikit, ingatlah setiap antara kita sememangnya berkewajipan untuk meneruskan tugas warisan para anbiya’ ini. Kerana cahaya Islam semakin suram di mata hati umat Islam sendiri. Cuba engkau lihat ada negara Islam yang bersekongkol dengan negara kafir untuk menyerang negara Islam sendiri, atas nama tujuan ekonomi. Mereka tidak meletakkan agama sebagai keutamaan. Cuba engkau lihat di negara Afghanistan pula, angkatan tentera yang kononya Islam bertakbir Allahu Akbar apabila berjaya membunuh saudaranya sendiri , umat Islam juga tetapi mereka sendiri dibantu oleh orang kafir. Islam apa ini namanya?
Cuba pula engkau lihat kebejatan akhlak di negara kita sendiri, tidak mustahil jika suatu hari nanti yang engkau nampak adalah adik, abang dan keluargamu sendiri yang melakukannya. Itukah yang engkau mahu sahabat? Sedangkan kita telah dibekalkan dengan ilmu oleh para guru yang tidak kenal erti penat lelah untuk memastikan para pelajarnya keluar sebagai bukan sahaja orang yang berjaya bahkan juga sebagai da’ie di alam ini. Inginkah engkau lihat saudara-saudara kita terpekik, terlolong di dalam neraka ? sanggupkah engkau lihat ibu ayah kita menangis sepanjang masa di dalam kuburan melihat anak-anaknya tidak menjadi ‘manusia’ yang diinginkan oleh Allah ? dan kemudiannya mereka-mereka itulah akan menarikmu pula ke dalam neraka bersama sebab engkau tidak menjalankan tugasmu sebagai saudara seIslam untuk menegur dan menasihati mereka.
Sebab itu sahabat, sudah aku katakan tadi, cahaya Islam itu semakin suram, api pelitanya yang menerangi alam tidak seperti di zaman-zaman kebesarannya. Para ulama’ dibisukan dengan dunia oleh umara’. Mereka diselubungi oleh ketakutan sepanjang masa untuk menyuarakan yang haq. Agama telah diletakkan di bibir-bibir mereka sahaja.
Read more

Tuesday, October 18, 2011

INGATAN UNTUK SEORANG SAHABAT DARI SEORANG SAHABAT

,
Pergilah sahabat semua, teruskan perjuangan kita, agar Islam dapat bangun dan bangkit semula.
Sahabat , dalam menyusuri jalan perjuangan, jangan lupa memandang di belakang sejarah yang sering mengingatkan kita jerih perit para pejuang terdahulu, untuk kita jadikan pedoman dan pengajaran, bahawa jalan menuju bahagia itu tidak mudah, jalan menuju syurga itu penuh kepahitan yang tidak kita impi-impikan untuk melaluinya.
Jalan perjuangan yang kita akan selusuri itu banyak benar denai duri yang tajamnya tidak terkata, sakitnya menusuk jiwa, air mata akan selalu mengalir, peluh keringat dan pengorbanan akan sentiasa membaluti tubuh.
Sebab itu sahabat, sudah aku nyatakan berkali-kali, hidup ini perlukan dorongan seorang teman, teman di jiwa adalah iman, teman sepanjang perjalanan adalah Tuhan, teman suka duka adalah kawan-kawan kita iaitu manusia yang faham apa erti kehidupan. Sahabat, perjuangan yang kau tempuhi sebentar lagi akan menyebabkan engkau rasa putus asa, kecewa, sebak dan sedih yang tidak terkata.
Maka kuatkanlah semangatmu, selalulah panjatkan doa kepadaNya, kita jadikan malam-malam sebagai taman munajat kepada Tuhan. Dia tidak akan melupakan kita, Dia akan selalu mendengar rintihan kita dikala manusia kelu untuk berkata-kata. Dari situ kita suburkan kasih sayang dan cinta kepada Tuhan.
Read more
 

Usaha Mencari Keberkatanya Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger